Secara sedar atau tidak, tentunya dia tujukan kenyataan ini kepada partinya sendiri. Kebanyakan daripada pemimpin dan ahli-ahli Parlimen PPBM adalah pelompat parti dan pengkhianat yang terang-terangan tidak jujur dan tidak ikhlas dalam kerjasama atau perjuangan malah hanya mementingkan diri sendiri.
Ramai daripada mereka dalam PPBM yang telah melompat parti dan mengkhianati mandat rakyat sebanyak dua kali sebelum ini:
Pertama kali ialah apabila mereka melompat keluar daripada BN, dan kali kedua apabila melompat keluar dari PH dan menjatuhkan kerajaan mereka sendiri.
Tiada siapa yang akan percaya kepada orang yang telah bertindak khianat sebanyak dua kali.
Dan mereka yang mengkhianat ini juga yang dulu telah menang kerana menipu manifesto pilihan raya yang sehingga kini tidak ditunaikan.
PPBM telah berjanji untuk menghapuskan PTPTN dan hutang peneroka Felda, namun telah berkali-kali menipu rakyat akan janji-janji ini.
Oleh itu, mereka ini bukan sahaja pengkhianat, tetapi mereka juga adalah penipu bersiri.
Siapakah yang akan percaya yang pengkhianat dan penipu ini adalah jujur dan ikhlas?
Hakikatnya, Perikatan Nasional (PN) yang diterajui PPBM ini tidak ada perjuangan yang jujur jauh sekali ikhlas.
Perjuangan mereka hanyalah untuk mengekalkan kuasa Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan Menteri-menteri dalam Kabinet.
Dan juga untuk menyelamatkan Azmin dan pelompat-pelompat parti lain.
Tanpa kerajaan PN, mereka ini tidak akan selamat.
Pada masa yang sama, mereka tidak cekap dan tidak fokus untuk menyelesaikan masalah rakyat dan hanya sibuk berpolitik setiap hari untuk mengekalkan kuasa dan menyelamatkan diri.
Sebab itu mereka masih takut untuk berhadapan dengan rakyat dan membuka Parlimen segera selari dengan titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Februari lepas.
Sumber: Malaysia Dateline
Azmin Ali Free Malaysia Today Malaysiakini BM Perikatan Nasional Politik PRU15 Sinar Harian Tan Sri Muhyiddin Yassin