Bekas Exco kerajaan negeri Kelantan itu berkata, hal itulah yang mendorong Presiden Pas berkenaan memberi alasan mengaitkan kematangan individu berhubung pelaksanaan mengundi pada usia 18 tahun (Undi 18).
“Majoriti negara Islam terima pengundi 18 tahun. Malaysia dah lulus undang-undang (Undi 18), tiba-tiba nak undur balik.
“Jadi kita rasa ada harapan untuk ambil balik kerajaan kerana Haji Hadi pun tahu budak-budak tidak sukakan dia,” kata Husam dalam Dialog Isu-Isu Rakyat & Hal Ehwal Semasa di Rumah Rehat, Temerloh petang tadi.
Sebelum ini, Hadi berkata, undi bukan hanya bergantung kepada usia semata-mata, sebaliknya kematangan rakyat untuk memilih kerajaan juga penting.
Dalih Ahli Parlimen Marang itu ketika menyokong tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan Undi 18, ada yang sudah berusia 40 tahun tetapi tidak matang lagi.
“Dalam Islam ada sebut (mengenai) tahun kematangan, ia boleh berlaku di usia 16 tahun, 18 tahun, boleh juga berlaku 25 tahun.
“Ada orang (sudah berusia) 40 tahun, tetapi tak matang lagi,” kata Hadi selepas menyampaikan kuliah Jumaat secara dalam talian di Masjid Rusila pada 26 Mac lalu.
Mengulas lanjut, Husam berkata, Pas yang kini berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) mempunyai tempoh dua tahun setengah untuk mematangkan individu berusia 18 tahun dengan proses pilihan raya.
“Semasa usul ini dibawa ke Parlimen, Pas menyokong dengan syarat mesti ada pendidikan untuk matang.
“Sekarang ini Pas dalam kerajaan. Kalau tidak matang juga, salah siapa? Pilihan raya lagi dua tahun setengah lagi.
“Boleh matangkan pengundi 18 tahun melalui pendidikan dalam tempoh dua tahun setengah ini.
“Buatlah pendidikan sekarang (untuk matangkan pengundi 18 tahun). Tengok sama ada matang atau tidak. Kenapa tolak awal-awal?,” bidasnya lagi.
- Malaysia Dateline
Free Malaysia Today Hadi Awang Husam Musa Malaysiakini BM PAS Politik PRU15