Syed Saddiq berkata dia berhasrat memberikan gajinya sepanjang tempoh itu bagi membantu kakitangan yang bekerja di kawasan parlimen berkenaan.
"Saya tidak pergi ke sana untuk bercuti tapi untuk belajar. Saya berharap kajian saya dalam bidang dasar awam dapat menjadikan saya seorang ahli parlimen dan pembuat dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia.
“Sejak darurat, pasukan saya di Muar berjaya membantu 765 keluarga mendapatkan komputer riba dan tablet, 5,500 keluarga telah menerima bantuan bank makanan, dan 150 pelajar menerima bantuan Dermasiswa Harapan Muar, katanya dalam catatan di Facebook.
Sehubungan dengan itu Syed Saddiq berkata dia akan menyalurkan gajinya sebagai ahli parlimen bagi bulan Mac kepada pasukannya di Muar.
Bekas menteri belia dan sukan itu menambah dia tidak layak menyimpan gaji tersebut ketika melanjutkan pengajian.
"Sewaktu saya di Singapura, usaha ini akan diteruskan oleh pasukan saya di Muar," katanya.
Syed Saddiq memulakan kursus eksekutif dalam dasar awam pada September tahun lalu, namun dikehendaki hadir ke kelas secara fizikal sepanjang bulan ini.
Free Malaysia Today Politik Singapura Syed Saddiq Universiti