Struktur besi jejambat SUKE runtuh hempap van kilang 2 maut, 3 parah kesemuanya warga tempatan. - Foto BHOnline |
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zulkefly Yahya berkata, pemandu treler itu ditahan selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi sejurus kejadian.
“Kejadian dipercayai berlaku selepas treler terbabit melanggar struktur jejambat mengakibatkan runtuhan dan menghempap van dinaiki mangsa di arah bersebelahan.
“Ia menyebabkan lima pekerja kilang, termasuk seorang pemandu yang kesemuanya warga tempatan parah dan juga dua daripadanya meninggal dunia.
“Pemandu itu telah ditahan untuk diambil keterangan, selain ujian saringan air kencing akan dilakukan,” katanya kepada FMT di tempat kejadian.
Anggota Bomba membawa keluar 5 mangsa yang terperangkap jejambat SUKE runtuh. - Foto FMT |
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Zulkefly berkata, semua mangsa dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kejadian berlaku.
“Pemandu van itu dibawa keluar pada 8.50 malam. Penumpang dibawa keluar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur pada 9.15 malam sehingga 9.27 malam.
“Berdasarkan laporan awal, semua mangsa berusia antara 30 hingga 45 tahun.”
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, treler yang membawa muatan besi itu didapati tidak membawa muatan berlebihan.