Menurut Dr Kamarul ia adalah sesuatu yang amat malang dan amat memalukan sekali.
Tetapi lebih memalukan lagi ialah tindakan Teresa Kok menceritakannya ke seluruh dunia di Facebook, walau apa sekalipun tujuan beliau.
"Saya sendiri biasa didekati oleh pelajar-pelajar Cina bagi menceritakan masalah mereka yang akan saya bantu tanpa sekalipun memalukan mereka." katanya seperti dilapor portal ShahAlamKu.
Sementara itu portal Malaysia Gazette melaporkan Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM) yang berkunjung ke kediaman bekas kru Malaysia Airlines Berhad, Siti Noor Madzariah turut terkejut dengan kehidupannya yang cukup daif selepas diberhentikan kerja beberapa tahun lalu.
Madzariah yang memiliki lima anak itu terpaksa menanggung kehidupan harian dengan mengutip dan menjual botol plastik dan pakaian lama.
Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin dilapor MalaysiaGazette berkata, pihaknya telah melancarkan bantuan kilat untuk mengurangkan beban hidupnya.
Orang ramai yang berhasrat untuk meringan beban wanita ini boleh menyumbang menerusi akaun Maybank Siti Noor Madzariah 1141 8734 8798.
Ismail juga menyeru Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Malaysia memain peranan proaktif untuk membantu golongan susah terutama yang hilang pekerjaan.
Katanya, golongan ibu tunggal adalah antara yang terjejas teruk kerana perlu menyara keluarga tanpa menerima mana-mana bantuan tetap ketika pandemik Covid-19.
”Mereka mungkin malu tampil ke hadapan, hanya segelintir mereka berani dan telah memaklum keadaan yang sebenar kepada kami. Kami bimbang ramai antara mereka ini tidak menerima bantuan yang secukupnya atau bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan hari ini,” katanya.
Beliau berharap bekas-bekas pekerja kabin yang memerlukan bantuan supaya tampil ke hadapan.
Ismail berkata, NUFAM mengalu-alukan kenaikan bantuan kerajaan kerana ramai masih lagi yang hidup susah akibat kesan pandemik Covid-19.
Usaha kerajaan yang diumum oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin untuk menaikan bantuan dari RM300 hingga RM1,000 disambut baik.
”Bayangkan bantuan hanya sebanyak RM300 sebulan atau kurang dari RM1,000 ringgit untuk golongan ini semestinya tidak mencukupi buat mereka,” ujarnya.
Kenaikan bantuan ini juga dapat membantu rakyat miskin terutama sekali mereka yang telah hilang pekerjaan dan masih hidup dalam kesusahan pada hari ini.
NUFAM kata Ismail, akan menyediakan satu laporan kepada jabatan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk meneliti isu kemiskinan golongan pekerja yang telah hilang pendapatan mereka.
Sementara itu, susulan perkongsian Teresa Kok berkenaan nasib wanita terbabit, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP segera menghubungi Madzariah.
Baitulmal MAIWP dilapor MalaysiaDateline bersedia untuk membantu bagi meringankan kesusahan yang dialami Madzariah antaranya mencadangkan bantuan kewangan bulanan (kenaikan kadar bantuan) dan bantuan sewa rumah bulanan.
Madzariah, 47, merupakan penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP dengan bantuan sebanyak RM300 sebulan sehingga April 2021.
Free Malaysia Today Google News Tag Harian Islam Kisah Sedih Malaysiakini BM MAS Melayu Miskin mymetro Politik Sinar Online Teresa Kok