Madzariah, ibu tunggal yang memiliki lima anak itu terpaksa menanggung kehidupan harian dengan mengutip dan menjual botol plastik dan pakaian lama.
Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin dilapor MalaysiaGazette berkata, pihaknya telah melancarkan bantuan kilat untuk mengurangkan beban hidupnya.
Orang ramai yang berhasrat untuk meringan beban wanita ini boleh menyumbang menerusi akaun Maybank Siti Noor Madzariah 1141 8734 8798.
Ismail juga menyeru Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dan Jabatan Kebajikan Malaysia memain peranan proaktif untuk membantu golongan susah terutama yang hilang pekerjaan.
Katanya, golongan ibu tunggal adalah antara yang terjejas teruk kerana perlu menyara keluarga tanpa menerima mana-mana bantuan tetap ketika pandemik Covid-19.
”Mereka mungkin malu tampil ke hadapan, hanya segelintir mereka berani dan telah memaklum keadaan yang sebenar kepada kami. Kami bimbang ramai antara mereka ini tidak menerima bantuan yang secukupnya atau bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan hari ini,” katanya.
Beliau berharap bekas-bekas pekerja kabin yang memerlukan bantuan supaya tampil ke hadapan.
Ismail berkata, NUFAM mengalu-alukan kenaikan bantuan kerajaan kerana ramai masih lagi yang hidup susah akibat kesan pandemik Covid-19.
Usaha kerajaan yang diumum oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin untuk menaikan bantuan dari RM300 hingga RM1,000 disambut baik.
”Bayangkan bantuan hanya sebanyak RM300 sebulan atau kurang dari RM1,000 ringgit untuk golongan ini semestinya tidak mencukupi buat mereka,” ujarnya.
Kenaikan bantuan ini juga dapat membantu rakyat miskin terutama sekali mereka yang telah hilang pekerjaan dan masih hidup dalam kesusahan pada hari ini.
NUFAM kata Ismail, akan menyediakan satu laporan kepada jabatan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) untuk meneliti isu kemiskinan golongan pekerja yang telah hilang pendapatan mereka.
Sebelum ini, kisah Siti Noor Madzariah menjadi perhatian apabila dikongsi Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di laman Facebook beliau.
Madzariah dikatakan telah hadir ke pejabat Ahli Parlimen berkenaan dan meminta bantuan dengan wakil rakyat itu disebabkan keluarganya terputus bekalan makanan.
Teresa Kok bertindak menyerahkan barang makanan dan sumbangan wang tunai RM300 kepada Madzariah.
Ekoran perkongsian Teresa Kok berkenaan nasib wanita terbabit, Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP segera menghubungi Madzariah.
Baitulmal MAIWP bersedia untuk membantu bagi meringankan kesusahan yang dialami Madzariah antaranya mencadangkan bantuan kewangan bulanan (kenaikan kadar bantuan) dan bantuan sewa rumah bulanan.
Madzariah, 47, merupakan penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP dengan bantuan sebanyak RM300 sebulan sehingga April 2021, pernah mendapat bantuan kecemasan secara ‘oneoff’ sebanyak RM500 pada Mac dan November 2020.
Free Malaysia Today Google News Tag Malaysiakini BM MAS Melayu Miskin