Anggota bomba menyelamatkan mangsa kemalangan jejambat SUKE runtuh - Foto Hairul Anuar Abd Rahim |
Tragedi jejambat runtuh SUKE - Foto FMT |
Selain itu, dua lagi rakan mereka serta seorang lelaki yang juga pemandu van itu dilaporkan terselamat dan mengalami kecederaan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, semua mangsa yang juga rakyat tempatan dilaporkan dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Pemandu van itu dapat dibawa keluar pada 8.55 malam manakala penumpang dibawa keluar oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur pada 9.15 malam sehingga 9.27 malam dan berdasarkan laporan awal, semua mangsa dianggarkan berusia antara 30 hingga 45 tahun.
"Mangsa yang terselamat dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Mukhriz (HCTM) untuk menerima rawatan lanjut," katanya kepada Harian Metro di lokasi kejadian.
Zulkefly berkata, pemandu treler yang dilaporkan melanggar perancah besi berkenaan sudah membuat laporan polis dan kini berada di Balai Polis Sungai Besi.
Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal diterima, pemandu treler yang membawa muatan besi itu didapati tidak membawa muatan berlebihan, malah treler itu turut dikawal kenderaan perondanya.
Sebelum itu, pemaju Lebuhraya SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd, berkata lori treler berkenaan melanggar perancah besi pembinaan Lebuhraya SUKE dan membawa muatan berlebihan.
Sementara itu, Pengarah JBPM Kuala Lumpur Nordin Pauzi berkata, pihaknya masih mengambil langkah berjaga-jaga kemungkinan runtuhan kedua berlaku.
"Ketika operasi tadi, tiga kren terpaksa digunakan untuk mengangkat struktur yang menimpa van sebelum semua mangsa dikeluarkan," katanya.