Umno utus surat kepada Muhyiddin Bersatu tamat kerjasama tanpa rundingan lanjut

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1:06 PTG
Presiden Umno menamatkan kerjasama dengan parti Muhyiddin Yassin Bersatu tetapi mengekalkan kerjasama dengan PAS pimpinan Hadi Awang - Foto Suara Merdeka

UMNO mengesahkan parti itu menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai keputusan akhir tanpa sebarang rundingan lanjut.

Keputusan itu dibuat berdasarkan hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Janda Baik, Pahang baru-baru ini.

“Namun berkenaan surat, kita tidak dimaklumkan apa-apa. Tapi boleh dikatakan tindakan UMNO (memutuskan hubungan) dengan Bersatu ini adalah keputusan akhir.

“Barisan Nasional (BN) akan bertanding sendiri,” menurut sumber kepada Sinar Harian.

Malaysiakini pada Rabu juga melaporkan UMNO telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memaklumkan keputusan untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber dalaman Umno dilapor Malaysiakini mengesahkan bahawa surat pemakluman itu telah dihantar kepada Muhyiddin yang juga presiden Bersatu pada 26 Feb lalu.

"Ya, surat berkenaan telah dihantar pada 26 Feb lalu, bagi memaklumkan keputusan mesyuarat MT Umno untuk menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

"Ahli Parlimen Umno juga akan memberikan sokongan kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubar.

"Bagaimanapun belum ada jawapan balas terhadap surat berkenaan," katanya.

Sumber Sinar Harian pula dilapor berkata, UMNO bagaimanapun tidak memutuskan hubungan dengan Pas dan masih berpegang pada Muafakat Nasional (MN).

“Pembahagian kerusi pada PRU15 nanti tak akan ada kerjasama dengan Bersatu tapi Pas kena kerjasama dengan MN, bukan ikut Bersatu,” katanya.

Jelas sumber itu lagi, tindakan UMNO memutuskan tindakan tersebut adalah berpunca daripada Bersatu yang dilihat menekan dan tidak melihat UMNO sebagai rakan politik.

“UMNO tidak membuat keputusan ini secara terburu-buru tapi ada perkara dan tindakan yang dibuat Bersatu menunjukkan mereka tidak mahu bersahabat dengan UMNO,” katanya.

Sumber turut menyebut bahawa wujud tangan-tangan ghaib dalam PN yang mahu melihat UMNO jatuh,