Sebuah firma guaman berkata, ia sudah mengumpul wang secukupnya melalui pendanaan awam untuk seorang wanita Mongolia meneruskan saman bagi serangan seksual terhadap seorang pegawai polis. - Foto The Reporter
PETALING JAYA: Seorang wanita Mongolia yang saman serangan seksualnya terhadap seorang bekas pegawai polis dibatalkan kerana tidak mempunyai wang mencukupi kini boleh memfailkan semula kesnya.
Firma guaman yang mewakilinya berjaya mengumpul RM46,500 melalui pendanaan awam.
Peguam Mathew Thomas Philip berkata, RM6,500 akan dibayar sebagai kos kepada tertuduh, bekas pegawai polis Hazrul Hizham Ghazali, “untuk menunjukkan beliau mampu meneruskan saman sivil itu”.
“Baki dana itu sama ada akan digunakan untuk membayar jaminan kos permohonan masa depan yang mungkin timbul dengan pemfailan semula kes atau disumbang kepada Malaysia Mongolia Friendship Society (MMFS).”
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan saman wanita itu terhadap Hazrul kerana tidak mampu membayar deposit RM70,000 untuk jaminan kos.
Hakim Azimah Omar turut memerintahkan wanita itu membayar kos RM6,500 kepada Hazrul.
Philip mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka dan sumbangan bagi kempen PitchIN mereka.
“Ramai rakan dan anak guam kami yang lain turut menghantar sumbang terus ke firma guaman kami dengan mesej galakan, yang tentunya menguatkan lagi tekad kami untuk mendapatkan keadilan baginya.”
Dengan wang yang dikumpul itu, katanya, mereka akan meneruskan tindakan sivil seterusnya, sama ada merayu untuk mengembalikan saman sivil di depan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu atau memfailkan semula saman baru.
“Kami dapati ada isu penting perundangan yang membolehkan perkara itu dibawa ke Mahkamah Tinggi dan bukannya didengar di Mahkamah Sesyen.”
Beliau berkata, seorang lagi hakim Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 31 Mac ini terhadap jaminan kos dalam saman berasingan terhadap Hazrul, yang difailkan seorang lagi wanita Mongolia.
Wanita Mongolia itu memfailkan saman terhadap Hazrul tahun lalu atas dakwaan penahanan salah dan serangan seksual. Mereka turut menamakan hotel di mana jenayah yang didakwa itu berlaku, kerana membantu Hazrul.
Hazrul mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap kejadian yang didakwa berlaku pada 10 April 2020.
Dia turut berdepan pertuduhan pemerdagangan manusia di Mahkamah Sesyen Klang kerana menyalahgunakan kuasanya untuk mengeksploitasi dua wanita berusia 20 dan 36 tahun untuk tujuan seks.
KLIK BACA: Pendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya
KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?
BACA LANJUT: Tommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul
Berita Harian Gaduh Google News Tag Jenayah Malaysiakini BM polis diraja malaysia