Shahrir sindir Tun M kata Peguam Negara Melayu tak profesional, dengar sangat cakap DAP

Ana Ghoib Syeikh Malaya 12:25 PG
Tan Sri Shahrir mengulas kekesalan Tun Mahathir melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara. - Foto FMT

Tan Sri Shahrir Samad menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini mengaku beliau melantik Tan Sri Tommy Thomas sebagai peguam negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan kerana peguam negara sebelum ini tidak profesional.

Dr Mahathir yang menjawab dakwaan Tommy menerusi buku memoirnya berkata, sebelum beliau menjadi Perdana Menteri semula, Zainur Zakaria dan Ambiga Sreenevasan mencadangkan agar beliau melantik Tommy sebagai peguam negara.

"Tun M kata Melayu tak profesional untuk jadi Peguam Negara.

”Dilantiknya Tommy kerana dia bukan Melayu. Lagi tak profesional! Sekarang, Tun menyesal pula,

”Tu lah, jangan rasis! Asal Melayu, tak profesional!

”Dengar sangat cakap DAP," tulis Shahrir di laman Facebook beliau seperti dilapor Malaysia Gazette.

Veteran Umno yang terkenal sebagai 'budak Najib' - Shahrir juga baru-baru ini berhujah melalui tulisannya di Malaysiakini bahawa Muhyiddin Yasin adalah perdana menteri yang paling lemah dalam sejarah negara.

Dalam isu berkaitan sebelum ini, Mahathir berkata, beliau sudah menjangkakan orang Melayu tidak akan menyukai pelantikan Thomas, namun merasakan perlu melantik seorang bukan Melayu kerana peguam negara terdahulu tidak profesional.

“Mereka (peguam negara Melayu) ada buat keputusan yang tidak betul. Contohnya, Najib Razak dikatakan tak buat salah, tapi hari ini kita tahu yang dia didapati bersalah.

“Jadi, tidak betul bila peguam negara (ketika itu) kata dia tak bersalah dan dengan demikian kes tidak dibawa ke mahkamah," tulisnya di blog beliau.

Untuk rekod, pada Januari 2016, peguam negara ketika itu membersihkan Najib Razak daripada sebarang salah laku dalam kes SRC International, dan mengumumkan Najib, yang ketika itu perdana menteri, tidak akan dituduh.

Namun pada Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi mendapati Najib bersalah atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, dan pengubahan wang berhubung RM42 juta milik syarikat bekas unit 1MDB itu.

“Saya fikir Thomas akan menjadi seorang peguam negara yang bagus dan profesional, yang akan melaksanakan kewajipannya mengikut undang-undang, bukan kerana dia akan buat apa yang saya suruh,” tambah Mahathir lagi.

KLIK BACA: Tun Mahathir - Kerajaan PN perdaya politik Melayu, terpalit kronisme beri projek kepada saudara mara? 

KLIK BACA: Nazir Razak kesal Tommy dakwa pemuda melayu bawa parang keris punca 13 Mei