Sepatutnya Tommy tak boleh dedah nasihat kepada Mahathir - Haniff Khatri

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:13 PTG

Peguam Tun Mahathir Haniff Khatri dan Bekas Peguam NegaraTommy Thomas - Foto SInar Harian

Haniff Khatri mempersoalkan tahap profesionalisme bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas susulan laporan media berhubung kandungan bukunya yang bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.

Menurut Mohammed Haniff, Tommy perlu kekal berpegang kepada prinsip asas 'kepentingan peguam-pelanggan', antaranya untuk tidak mendedahkan sebarang nasihat yang diberi sepanjang perkhidmatannya ketika memegang jawatan itu.

"Kecuali dalam keadaan yang dibenarkan undang-undang, (nasihat) tidak boleh didedahkan kepada umum, memandangkan struktur integriti dan kepercayaan perundangan akan terjejas jika ia dilakukan tanpa pertimbangan, apatah lagi oleh Peguam Negara atau bekas Peguam Negara," tulisnya di laman Facebook beliau.

Bekas peguam Tun Dr Mahathir yang nama penuhnya Mohammed Haniff turut menyangkal pandangan Tommy bahawa tindakan bekas Perdana Menteri itu meletakkan jawatan secara sukarela pada Februari tahun lalu telah mencetuskan kemelut politik yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau berhujah bahawa, Dr Mahathir tertakluk di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dan meletakkan jawatan susulan Langkah Sheraton yang menyaksikan kerajaan PH hilang majoriti, kata Mohammed Haniff.

Haniff berkata, Tommy mencetuskan kontroversi atas dakwaan Dr Mahathir masuk campur dan mahu menjadi Perdana Menteri sementara, di saat Yang di-Pertuan Agong mencadangkan Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jawatan itu.

Menurut Haniff, kenyataan Tommy perlu disahkan benar atau tidak, kerana ia telah mengheret nama baik Yang di-Pertuan Agong dalam konflik disebabkan hal yang tidak diketahui sebelum ini.

KLIK BACAPendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?

BACA LANJUTTommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul