Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan - foto Astro Awani |
Malah katanya, pemilik akaun Facebook Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias yang sepatutnya perlu mengemukakan permohonan maaf.
"Pada hemah saya, beliaulah yang perlu membuat permohonan maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana banyak tulisannya di laman Facebook mengelirukan dan menimbulkan kecelaruan terhadap fahaman umat Islam," katanya.
"Beliau sendiri pun telah membuat laporan polis terhadap saya, jadi saya kira perkara ini sudah sampai ke pihak berkuasa, tinggal lagi mereka akan mengambil tindakan," katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Nasurddin mendakwa, lebih 10 laporan polis dibuat badan bukan kerajaan (NGO) terhadap wanita terbabit.
"Saya baca dan meneliti tulisan Ibu Yati (di Facebook) sejak hampir setahun yang lalu memang sangat bercanggah dengan al-Quran dan As-Sunnah," katanya.
Nasrudin berkata, setakat ini beliau tidak mendapat sebarang tuntutan atau notis saman daripada Ibu Yati.
"Apa yang saya kemukakan dalam penulisan ringkas di Facebook adalah untuk menggambarkan betapa tugas pendakwah dan alim ulama semakin mencabar apabila berdepan dengan rencamnya pemikiran masyarakat.
"Kedua untuk menasihatkan seluruh rakyat negara kita khususnya umat Islam supaya tidak terpengaruh dan terpedaya terhadap pembawaan atau penyebaran ajaran yang bercanggah dengan syariat termasuklah yang disifatkan kononnya Islam Melayu," jelasnya.
Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noor Hayati Wan Alias - Foto Facebook |
Nasrudin berkata, Islam yang diamalkan pada masa sekarang merupakan Islam yang sebenarnya yang diwahyukan ALLAH SWT melalui al-Quran dan As-Sunnah.
"Islam itu adalah universal. Tiada istilah Islam Arab mahupun Islam Melayu," katanya.
Tambah Nasrudin, Yadim bersedia menghulurkan bantuan kepada Ibu Yati bagi memberi penjelasan mengenai Islam.
Sabtu lalu, Ibu Yati memberi tempoh tujuh hari kepada Nasrudin untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.
Ia susulan Nasrudin menggesa seluruh umat Islam tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang didakwa dibawa oleh Ibu Yati.
Terdahulu tular di laman sosial rakaman video yang memaparkan seorang wanita dipercayai Ibu Yati melafazkan iLa Ha iLa Ra iLa Ma) dan aku Melayu sebanyak tujuh kali sebelum kemudiannya membuat paluan gong dalam sebuah upacara.

KLIK BACA: Pendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya
KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?
BACA LANJUT: Tommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul