"Saya bukan puji Rina dah cantik ok, tapi ucapan bahasa Inggeris" - Papagomo

Ana Ghoib Syeikh Malaya 9:30 PTG
Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo menulis di laman Facebook memuji keberanian dan bakat Rina Harun berucap dalam persidangan maya Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Sesi ke-59.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun sebelum ini dikritik hebat di media sosial susulan menggayakan busana seakan seorang model bukannya seperti seorang menteri.

Rina sebelum ini ditegur oleh pelakon Adibah Noor di Twitter kerana sebutan perkataan 'Doubt' beliau yang kurang tepat.

"Walau dikritik hebat seolah olah macam membaca buku namun Saya puji usaha dan keberanian YB Rina Harun bercakap dalam bahasa Inggeris. 

"Beliau Menteri maka perlulah untuk beliau melakukan nya.

"Ramai yang kurang mahir berbahasa english malah mereka lebih takut nak bercakap dihadapan khalayak ramai kerana takut malu apatah lagi dikecam. 

Saya pun dulu begitu juga, malu nak bercakap english

Orang putih (English) tidak akan tertawakan kita jika kita salah pronunciation malah mereka akan beri lebih tumpuan mendengar kita bercakap.

Practice makes perfect YB

Psssttt…. Saya puji bukan sebab YB Rina dah cantik K" tulis Papagomo di Facebook dipetik portal InfoRakyat.

Untuk rekod, Datuk Seri Rina Harun dilapor media melakukan pembedahan Bariatik untuk menguruskan badan yang mana tindakan itu turut diberi sokongan dan semangat oleh anak Presiden Umno Datuk Nurul Hidayah Zahid Hamidi.

Nurul Hidayah dilapor berkata, tiada apa hendak dimalukan menjalani pembedahan Bariatik walaupun kos mahal tapi berbaloi. - MalaysiaStylo