Pusat Simpanan Vaksin akan dikawal ketat oleh polis, tentera

Ana Ghoib Syeikh Malaya 10:32 PTG
Malaysia akan menerima bekalan vaksin daripada syarikat vaksin Pfizer-BioNTech pada 21 Februari ini. - Foto Straits Times

Kerajaan memberi jaminan bahawa kawalan ketat akan dilakukan untuk memastikan simpanan bekalan vaksin berada dalam keadaan selamat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah diarahkan untuk mengawal Pusat Simpanan Vaksin (PSV).

Selain itu, kawalan akan turut dilakukan ketika proses penghantaran vaksin di kawasan-kawasan di seluruh negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menghantar polis dan ATM di PSV. Saya percaya polis dan ATM akan (mengawal di kawasan tersebut).

“Dalam tempoh ini, (kita percaya) vaksin akan menjadi sesuatu yang sangat bernilai,” katanya dalam sidang media Penyelarasan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) di sini, pada Rabu.

Beliau berkata ketika sebagai menjawab pertanyaan apakah terdapat mekanisme khusus untuk memastikan dos vaksin tidak dicuri atau dijual secara tidak sah.

Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkata, Malaysia masih kekal dengan pendekatan di mana penerima dos pertama vaksin perlu menerima suntikan kedua.

Malaysia akan menerima bekalan vaksin daripada syarikat vaksin Pfizer-BioNTech pada 21 Februari ini.