Najib gesa pengusaha tempatan ambil alih susulan laporan dakwa Panasonic tamat pembuatan panel solar

Ana Ghoib Syeikh Malaya 2:49 PG

Najib Razak sedih melihat kilang ditutup satu-persatu, susulan laporan mendakwa syarikat Jepun, Panasonic Corp, akan menamatkan pembuatan panel solar di kilangnya di Malaysia, berikutan persaingan harga yang sengit daripada pekilang China.

Bekas perdana menteri itu tidak menyalahkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung penutupan tersebut, namun meminta kerajaan menjelaskan mengapa kilang panel solar di Malaysia menjadi tidak kompetitif sejak beberapa tahun lalu.

“Sedih melihat kilang-kilang di Malaysia ditutup satu persatu baru-baru ini dan saya harap kerajaan akan berjaya mencari pelaburan asing baru untuk menggantikannya agar rakyat yang dibuang kerja mendapat peluang pekerjaan baru.

“Ataupun ada pengusaha tempatan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mampu melabur atau mengambil alih kilang tersebut daripada Panasonic dan menjadikannya lebih kompetitif bawah jenama milik Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Reuters memetik laporan Nikkei berkata Panasonic Corp akan menamatkan pembuatan sel dan panel solar di kilangnya di Malaysia dan wilayah Shimane, Jepun mulai April.

Dalam laporan sama, Panasonic dalam kenyataan berkata ia sedang mempertimbangkan pelbagai langkah untuk perkuat struktur pengurusan perniagaan solar, tetapi belum ada keputusan pada ketika ini, dan menambah laporan Nikkei itu bukanlah sesuatu yang diumumkannya.

Sementara itu, Najib percaya ramai tidak tahu Malaysia merupakan pengeluar panel solar ketiga terbesar di dunia selepas China dan Taiwan ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Kilang solar pertama di Malaysia bermula 2008 dan sejak itu banyak kilang solar memulakan operasi, termasuk di Pulau Pinang, Ipoh Perak, Sarawak, Kedah, Melaka, dan Cyberjaya, sekali gus mewujudkan puluhan ribu peluang pekerjaan dan nilai eksport berbilion setahun.

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?

BACA LANJUTTommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul