Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihak berkuasa agama menyiasatnya ajaran sesat Agama Islam Melayu. - foto Astro Awani
Siasatan berhubung ajaran sesat dikenali sebagai “Agama Melayu” dijangka selesai dalam masa terdekat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary.
Ahmad Marzuk dilapor Harian Metro berkata, sebaik saja siasatan selesai, pihaknya akan membuat pengumuman mengenai hasilnya.
Katanya, kes berkenaan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyiasat memandangkan ia dikesan di negeri itu.
"Sekiranya siasatan mendapati wujud penyelewengan (dan) ajaran sesat, JAIS akan mengambil tindakan lanjut, termasuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab di mahkamah,
“Bagaimanapun, saya menasihatkan orang ramai supaya tidak cepat menghukum seseorang individu berdasarkan video yang tular.
“Sebaliknya, perkara itu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk menyiasat. Ini kerana soal penyelewengan akidah hanya boleh dinilai pihak tertentu, bukannya semua orang boleh tentukan.” katanya.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Nasrudin Hassan [PAS] sebelum ini mengingatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan ajaran sesat yang didakwa dibawa individu dikenali sebagai “Ibu Yati”.
Katanya, ia susulan dakwaan lahirnya agama baru dikenali sebagai “Agama Melayu” yang menggunakan lafaz Syahadah pelik dan disambung pengakuan “Aku Melayu” sebanyak tujuh kali.
Susulan tuduhan terhadap Ibu Yati, wanita itu kemudiannya bertindak membuat laporan polis dan menuntut Nasruddin memohon maaf atau beliau akan mempertimbangkan saman terhadap Yadim.
KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?
BACA LANJUT: Tommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul
Google News Tag Harian Metro Islam Jenayah Malaysiakini BM Melayu mymetro Sinar Harian