Bekas Ketua Ulama Pas Pahang tersebut berkata, Ahmad Dusuki yang juga mantan Timbalan Ketua Ulama Pas Selangor berasal dari Batu Balai, Jerantut.
“… sibuk menyalak dalam FB pasal Ustaz Dusuki datang berkuliah di Pahang sebab UAD (Ustaz Ahmad Dusuki) itu orang luar Pahang.
“Dia tak tahu ke UAD orang Batu Balai Jerantut. Kalau ikut dalam peta Malaysia Jerantut itu masih dalam negeri Pahang, bukan Monggolia Utara,” sinisnya.
Reaksinya itu susulan dakwaan pihak tertentu bahawa Ahmad Dusuki melanggar SOP PKP Covid-19 yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) apabila pada 12 Februari lalu memberi kuliah agama di Masjid Qariah Balok, Kuantan.
Sehubungan itu, Mokhtar yang juga pemilik Pondok An-Nuur di Kampung Kuala Penor, Kuantan tersebut menyatakan sedih melihat manusia dari “parti tersembam” yang sudah tiada kerja.
“Makan gaji ahli parlimen buta sajalah. Masa banjir ke? Lepas banjir ke tak nampak pun mak lampir turun jumpa rakyat. Mungkin juga dia turun tapi tak nak riak,” sindir Mokhtar lagi dalam hantaran di Facebook sebentar tadi.
Sumber: MalaysiaDateline