Noh Omar diketahui penyokong kuat Najib Razak - Foto Astro AWANI |
Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan tidak bermimpi di siang hari untuk kembali menerajui kerajaan Persekutuan walaupun mendapat mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.
Sinar Online melaporkan Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, kerajaan PH sudah pun terkubur akibat pergelutan dalaman antara parti dalam gabungan itu.
"Kita boleh ibaratkan kerajaan PH seperti sebuah rumah yang sudah terbakar menjadi abu dan bagaimana mereka (PH) hendak bina (rumah) semula?
"Apabila rumah sudah terbakar, kita buat rumah sementara kerana mahu rakyat terus diberi pembelaan.
"Kalau hendak buat rumah kekal, maka kita kena tunggulah sehingga PRU-15 nanti," katanya dipetik Sinar Online.
"PH kena terima hakikat rumah mereka sudah terbakar dan tiada lagi isu kerajaan pintu belakang atau tebuk atap kerana pemimpin PH bertanggungjawab membakar rumah mereka sendiri," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Asnaf di Pusat Pengagihan Bantuan di Bagan Tengkorak, Sabtu lepas.
Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, Barisan Nasional (BN) dan Pas yang menjadi pembangkang ketika itu menjadi penyelamat untuk bersama-sama menyokong penubuhan kerajaan Perikanan Nasional (PN) selaras Perlembagaan Persekutuan.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, PH kekal dengan pendirian tidak mahu PRU15 diadakan sebaliknya mahu mandat rakyat dikembalikan kepada mereka.
Dalam satu kenyataan bersama Majlis Setiausaha PH pada Jumaat, mereka mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering membangkitkan isu berkaitan pilihan raya.
Free Malaysia Today Malaysiakini BM Pakatan Harapan pakatan rakyat Politik PRU15 umno