Guru diganggu video lxcah ketika sesi PdPR

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:28 PTG

Seorang guru dari sebuah sekolah di Kepong yang mahu dikenali sebagai Cikgu N, mendedahkan dia diganggu dengan tayangan video lxcah oleh pelajar ketika sesi PdPR berlangsung.

"Murid mengganggu proses PdPR yang menggunakan platform Google meet dengan menyiarkan video lxcah.

"Perkara ini dilakukan oleh murid tingkatan satu, mereka berani berbuat demikian kerana mereka belum bersemuka dengan guru," katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Jelas Cikgu N, bukan dia saja yang berdepan dengan gangguan sebegitu sebaliknya masalah sama turut dihadapi guru lain.

Sesi persekolahan 2021 dijalankan mulai 20 Jan lalu secara PdPR ekoran ancaman wabak Covid-19 yang belum reda.

PdPR ialah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. 

Malaysiakini turut melaporkan seorang lagi guru yang enggan namanya didedahkan, turut mengalami nasib sama seperti Cikgu N iaitu diganggu murid dengan video dan gambar lxcah ketika PdPR.

"Saya terkejut dengan kejadian yang tidak diingini, apatah lagi ketika itu pelajar murid-murid sekitar 100 orang sedang mengikuti pembelajaran.

"Disebabkan seorang murid nakal yang buat hal, habis sesi pembelajaran terpaksa dihentikan," katanya.

Menurut guru terbabit kejadian itu berlaku pada minggu lalu dan ia sudah dimaklumkan kepada pihak pentadbir sekolah dan pejabat pendidikan daerah.