Penjana Kapital ancam saman selepas laporan berkaitan Zafrul

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:07 PTG
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz. - Foto MalaysiaGazette

Sebuah firma modal teroka (VC) kerajaan, Penjana Kapital mengancam akan memfailkan saman atas dakwaan mengaitkan pelantikan dua pengurus dana dengan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz.

Syarikat itu berkata, mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang mendakwa wujud penyelewengan dalam pelantikan dua pengurus untuk Dana Penjana Nasional yang mendapat suntikan dana kerajaan sebanyak RM1.2 bilion.

Satu laporan berita mendakwa pengasas sebuah syarikat pengurusan dana ada kaitan dengan menteri kewangan melalui hubungan dengan kerabat diraja Selangor, manakala pengasas bersama syarikat kedua pula ialah sepupu Tengku Zafrul.

Penjana Kapital, yang menguruskan dana itu, berkata pelantikan pengurus dana dilakukan selepas melalui proses ketat melibatkan firma perunding bebas antarabangsa.

“Sebarang konflik kepentingan berpotensi, berdasarkan mana-mana hubungan keluarga terdekat dengan mereka yang membuat keputusan di Penjana Kapital atau firma perunding bebas, turut diisytiharkan semua pemohon dalam penyerahan mereka,” kata syarikat itu.

Cadangan pelantikan itu dihantar kepada lembaga pengarah. “Walaupun lembaga pengarah juga terdiri daripada wakil Kementerian Kewangan, keputusan untuk melantik lapan pengurus dana VC itu dibuat berdasarkan penilaian dan kriteria yang ditentukan terlebih dahulu. - Sumber Free Malaysia Today

KLIK BACA: Datuk Seri Bergaduh Dengan Datuk Sampai Parking Helikopter Depan Rumah

KLIK BACA: 70 menteri tertinggi dalam sejarah Msia dan dunia tak berfungsi??? - Raja Bahrin

KLIK BACA: Anggota Polis meninggal dunia ketika jalani kuarantin COVID-19 di rumah