Exco Pemuda Umno Malaysia - Foto Malaysiakini |
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki menolak dakwaan bahawa exco sayap Umno itu dibarisi ramai golongan jutawan.
“Pertama sekali, saya perlu perbetulkan. Saya tak pernah tengok exco-exco saya pakai Porsche. Ini persepsi,” katanya dalam bual bicara dalam talian anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) yang disiarkan di Facebook hari ini.
Dia menjawab soalan moderator felo MPN yang juga pengkaji politik, Muhammad Asri Mohd Ali, berkenaan bagaimana cara untuk melahirkan pemimpin yang dapat mempamerkan contoh etika dan akhlak baik seperti canselor Jerman Angela Merkel, bagi melahirkan masyarakat yang tidak korup.
Sedangkan, kata Asri, exco pemuda Umno sendiri hadir ke mesyuarat menaiki “Range Rover dan Porsche”, malah menurutnya, Umno telah beralih daripada parti sukarelawan kepada parti yang “dirampas (hijack) oleh golongan kontraktor” yang menjadikan aspek komersil sebagai keutamaan.
Asri juga mendakwa, exco berkenaan tidak mungkin akan menang jika mereka bukan jutawan, malah mencabar Asyraf menamakan seorang individu bukan jutawan dalam barisan exco Umno.
Situasi panas bual bicara itu tidak terhenti di situ, apabila Asri sekali lagi mencelah jawapan Asyraf dan mendakwa, ada banyak kajian akademik yang menyokong kenyataannya
"Faktanya, kajian saya menunjukkan, ketua-ketua bahagian Umno lebih 99 peratus adalah jutawan. Kajian saya (tahun) 2002. Datuk Asyraf boleh cari dan tengok, katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Asri kemudian meminta Asyraf menjawab soalan asal tentang pendidikan bagaimanakah yang boleh diadakan bagi melahirkan pemimpin yang mempunyai integriti.
Jawab Asyraf, rakyat tidak harus hanya menunding jari kepada pemimpin atas semata-mata, sebaliknya mula mendidik integriti daripada diri sendiri, kepada ahli keluarga, seterusnya kepada masyarakat dan negara.
“Sebab itulah kata Saidina Ali, bagaimana kamu, begitulah kamu dipimpin. Pemimpin kamu adalah corak siapa yang dipimpin,” katanya.
Bual bicara itu turut disertai bekas menteri belia dan sukan serta pengasas bersama Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.