ALOR SETAR: Polis menafikan laporan seorang wanita di Kulim ditelan oleh seekor ular sawa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Barudin Wariso ketika dihubungi pada Jumaat berkata laporan dan gambar-gambar yang telah tersebar luas di media sosial itu adalah tidak benar.
"Maklumat dan gambar-gambar itu telah tersebar di media sosial sejak Khamis.
"Jika berita itu benar, sudah pasti ia telah menggegarkan daerah ini," katanya.
Barudin menasihatkan pengguna internet supaya berhati-hati dan bertanggungjawab apabila memuat naik berita di media sosial.
KLIK BACA: Pemimpin PAS pilih jalan mudah serang Tun Mahathir yang berusia 91 tahun - Raja Bahrin
KLIK BACA: “IPIC, 1MDB bertelagah selepas AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar dilapor hilang” - Reuters