WASHINGTON: Puluhan ribu visa terbatal akibat arahan Presiden Donald Trump melarang perjalanan dari 7 negeri majoriti Islam, kata Jabatan Negara AS semalam.
“Kurang dari 60,000 visa individu dibatalkan sementara bagi mematuhi arahan eksekutif itu,” kata jurucakap hal ehwal konsular William Cocks.
Laporan sebelum ini memetik seorang peguam kerajaan di pendengaran mahkamah persekutuan AS berkata lebih 100,000 visa terkesan.
Cocks berkata visa tersebut terbatal buat masa ini tetapi akan diberikan tanpa perlu memohon semula apabila larangan dimansuhkan.
“Kita akan memberitahu maklumat terkini kepada pendatang terkesan selepas 90 hari tempoh kajian semula,” katanya.
Arahan eksekutif berkenaan imigresen yang ditandatangani Trump minggu lepas menghentikan program pelarian AS buat sementara waktu dan mengenakan tempoh penggantungan 90 hari ke atas pendatang dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.
Menurut Trump, langkah itu akan melindungi AS daripada serangan pengganas.
Pendatang dari 7 negara terbabit yang memiliki 2 kerakyatan dibenarkan masuk ke AS menggunakan paspot negara yang dibenarkan apabila layak.
Arahan itu juga tidak terpakai ke atas penduduk tetap.
Kekeliruan ketika arahan itu dikeluarkan mencetuskan tunjuk perasaan di lapangan terbang serata AS apabila pendatang ditahan dan menyebabkan individu, negeri dan kumpulan hak asasi manusia mengambil tindakan undang-undang. - Reuters
KLIK BACA: Pemimpin PAS pilih jalan mudah serang Tun Mahathir yang berusia 91 tahun - Raja Bahrin