Seorang pelancong wanita sanggup mengheret keluar angsa dari sebuah tasik di sini semata-mata untuk bergambar sehingga menyebabkan angsa tersebut mati, lapor Mail Online. |
SKOPJE - MACEDONIA: Seorang pelancong wanita sanggup mengheret keluar angsa dari sebuah tasik di sini semata-mata untuk bergambar sehingga menyebabkan angsa tersebut mati, lapor Mail Online.
Wanita yang berpakaian seluar jeans dan berkot hitam, dilaporkan dari Bulgaria bertindak menarik seekor angsa yang berada di dalam Tasik Ohrid, barat Macedonia ke daratan.
Bagaimanapun, angsa itu dilaporkan mati selepas bergambar dengan wanita itu, lapor media tempatan.
Saksi yang terkejut melihat perilaku wanita itu berkata, wanita itu mengheret angsa itu dengan memegang sayapnya.
[ads-post]
"Wanita itu terus bergambar dengan angsa terbabit tanpa menghiraukan keadaan angsa tersebut yang dilihat cuba melepaskan diri," kata saksi.
Sebelum ini, pengunjung sebuah pantai di Argentina dikritik selepas dilaporkan membawa ikan lumba-lumba yang hampir pupus dari laut ke daratan hanya untuk mengambil gambar selfie. - Agensi