Tukang cuci dipukul, ditendang kerana terpercik air

Ana Ghoib Syeikh Malaya 7:21 PG

SINCHUAN - CHINA: Seorang tukang cuci ditampar dan ditendang hanya kerana dia secara tidak sengaja memercikkan sedikit air kepada seorang wanita ketika bekerja.

Menurut Ye Fuying, dia sedang bekerja berdekatan sebuah pasar raya tempatan seperti kebiasaannya ketika insiden berlaku.

"Ketika sedang mengumpulkan sayuran yang terjatuh ke dalam lopak air, secara tidak sengaja air tersebut terkena seorang wanita pertengahan umur yang berada di situ untuk membeli barangan runcit

"Ia menyebabkan wanita tersebut berang. Saya memohon maaf kepadanya dan cuba untuk menjelaskan bahawa saya tidak bermaksud untuk berbuat demikian, namun wanita itu terus memarahinya," katanya dipetik Sina.

Tambah Fuying lagi, dua orang lelaki turut memarahinya dan salah seorang daripadanya kemudian bertindak menampar dan menendangnya.

Bagaimanapun, pelaku berkenaan melarikan diri sebaik polis tiba di tempat kejadian.

Fuying kemudiannya  dihantar ke hospital untuk rawatan.

Sementara itu, polis berkata, pelaku lelaki yang bertindak memukul mangsa adalah anak kepada wanita itu dan dia kini ditahan selama 8 hari dan dikenakan denda sebanyak 400 yuan (RM252).