Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57% lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sakit, manakala 2/3 suka merengek dan merungut.
Lelaki juga menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain.
Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa.
Penyelidik percaya keadaan itu terjadi berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.
Wanita lebih upaya menentang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki oleh lelaki.
Pakar perbidanan dan sakit puan berkata suami perlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang bertemu doktor.
Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau.
*Gambar Cari Forum