Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon mahu kerajaan serantau tidak menutup sempadan dan menyelamatkan pelarian yang kini terabai di laut. – Gambar Reuters
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon melahirkan rasa terkejut tindakan beberapa negara Asean menghalau beribu-ribu pelarian Rohingya yang tersadai di antara Laut Andaman dan Selat Melaka, dan menggesa mereka diselamatkan.
"Beliau terkejut laporan mengenai beberapa negara melarang masuk bot membawa pelarian dan migran," menurut jurucakap Ban dalam satu kenyataan dikeluarkan pejabat Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).
"Beliau menggesa kerajaan-kerajaan agar memudah cara pendaratan dan memastikan sempadan dan pelabuhan mereka dibuka bagi menolong mereka yang dalam kesusahan."
Beribu-ribu pelarian Rohingya, kebanyakannya dalam keadaan lapar, kini tersadai di lautan berikutan keengganan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Malaysia menerima mereka. - TMI