Penemuan bahan bukti penting di dasar Sungai Tua, Ulu Yam itu, meyakinkan polis kes itu telah diselesaikan. - Gambar hiasan kes bunuh
Selangor - Sebilah pisau yang dipercayai digunakan seorang guru agama dalam kes bunuh seorang janda beranak empat yang juga kekasihnya, di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baru, Rabu lalu, ditemui.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt. R. Supramaniam berkata, pisau berkenaan yang merupakan bahan bukti utama dalam kes itu, dijumpai di dasar Sungai Tua, Ulu Yam, kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
“Operasi pencarian senjata itu disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hulu Selangor serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor, selain bantuan Orang Asli,” katanya kepada Bernama.