Ursu melecur di seluruh badannya, akibat tersentuh wayar bervoltan tinggi, ketika berselfie di atas bumbung kereta api. - Foto Facebook Anna Ursu
BUCHAREST: Seorang remaja mati, ketika berselfie di bumbung sebuah kereta api, di timur laut Romania.
Anna Ursu, 18, dimasukkan ke Hospital St. Spiridon di Bandar Iasi, pada Jumaat lalu, dengan kesan melecur teruk, selepas gadis terbabit tersentuh satu wayar bervoltan tinggi di atas kereta api yang berhenti di Iasi itu.
Jurucakap Hospital St. Maria, Lucian Cernahonschi pada Rabu memaklumkan, seorang rakan mangsa turut dimasukkan ke hospital itu.
Ursu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Bucharest, sebelum dia meninggal dunia pada Ahad lalu.
Pegawai perubatan di jabatan kecemasan hospital terbabit hari ini memberitahu, adalah sukar untuk menyelamatkan gadis itu, kerana seluruh badannya melecur. - Agensi