Wanita Cantik Selamatkan Mangsa Kemalangan

Ana Ghoib Syeikh Malaya 8:10 PG
SEORANG wanita yang bertindak pantas menyelamatkan seorang penunggang motosikal terbabit kemalangan daripada maut di jalanraya, mencetuskan sensasi Internet di Thailand.

Kejadian petang Isnin minggu lepas yang berlaku di Jalan Rama 9, Bangkok itu dirakam salah seorang saksi sebelum ia dimuat naik ke laman sosial dan menjadi viral.

Rata-rata netizen kagum dengan semangat wanita cantik tersebut hingga ada yang menggelarnya ‘angel’ kerana sanggup bersusah demi menyelamatkan nyawa manusia lain yang tak dikenali.

Difahamkan, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa menghentam belakang trak, membuatkan lehernya cedera parah terhiris kaca kenderaan.

Saksi kejadian berkata, darah membuak-buak keluar dari lehernya dan jika wanita itu tidak segera membantu kemungkinan besar, mangsa kemalangan terbabit sudah maut akibat kehilangan darah.

*Amaran: video di bawah mempunyai imej yang mungkin agak mengerikan bagi sesetengah penonton.