Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd, 27, berkata, perkara itu disebabkan dia tidak percaya dengan wanita yang datang mendekatinya benar-benar ikhlas.
“Saya sudah serahkan hal ini pada ibu dan biarlah dia cari wanita yang sesuai untuk saya.
“Memang ada wanita yang cuba rapat dan kenal dengan saya, cuma saya tidak percaya dengan keikhlasannya sama ada betul dia ingin rapat dengan ikhlas atau sebab tertentu,” ujarnya kepada mStar Online.Abam berkata, keadaan fizikalnya yang besar membuatkan dia agak meragui jika ada wanita yang mendekati dan mahu bersama dengannya.
“Dulu masa saya tidak dikenali tidak ada siapa pun yang mahu kenal tetapi bila sudah dikenali ramai pula yang mahu rapat,” ujarnya.
Bagaimanapun, Abam berkata, keluarga tidak pernah mendesak untuk dia mendirikan rumah tangga.
Sementara itu, Abam berkata, dia mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap kerjaya terlebih dahulu sebelum berkahwin.
Jelasnya, bukan mudah untuk dia mendapatkan kerja lain selain apa yang dilakukannya kini.
Sebelum bergelar pelawak, Abam mengakui sukar untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan keadaan tubuh badannya.