Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sesuatu yang boleh dibanggakan adalah 26 negara menggembleng tenaga bersama buat pertama kali untuk mencari pesawat berkenaan.
Katanya, meskipun Malaysia tidak mempunyai peralatan dan kelengkapan pencarian berteknologi tinggi, tetapi ia tidak menjadi satu kekangan dalam operasi pencarian.
“Tanpa mengeluarkan sebarang kos pada fasa pencarian pertama, kita menerima bantuan daripada aset tercanggih di dunia dan 83 meliputi 43 kapal serta 40 pesawat daripada pelbagai negara terbabit dalam usaha pencarian pesawat itu.
“Kami bersyukur dengan bantuan dari seluruh dunia. Tidak pernah dalam sejarah banyak aset dari pelbagai negara lain tampil membantu. Namun, dari hari ke hari, tugasan ini semakin sukar,” katanya.