Lagunya, Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang mencetuskan fenomena dan menjadi siulan kebanyakan anak muda di Malaysia kerana muzik dan liriknya yang jujur dan mengisahkan latar belakang kehidupannya sebelum terkenal.
“Aku yang dulu bukanlah yang sekarang, Dulu ditendang sekarang ku disayang, dulu dulu dulu kumenderita, sekarang aku bahagia.”
Sayangnya, kerana seorang individu tidak bertanggungjawab dan mengeksploitasi bakat kanak-kanak tersebut, impian Tegar untuk merubah nasibnya dan keluarga terbantut.
Menurut laporan media, penyanyi berusia 13 tahun itu dikhabarkan telah kembali menjalani kehidupan lampaunya sebagai pengemis jalanan setelah kehilangan punca pendapatan akibat ditipu pengurus sendiri. sumber- Mynewshub