Parah ditetak di Klang

Ana Ghoib Syeikh Malaya 1:59 PG

Klang: Lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun parah ditetak rakan senegaranya di pasar raya, di sini, kira-kira 10 malam tadi.

Mangsa bersama rakan dikatakan bertengkar dengan kumpulan suspek di pusat karaoke dalam pasar raya berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong, berkata berikutan pertengkaran itu suspek menyerang kumpulan mangsa.

"Bagaimanapun, tiga rakan mangsa sempat melarikan diri dan mangsa ditetak di beberapa bahagian badan.

"Mangsa kini kritikal dan dirawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang," katanya.

Menurutnya, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan. - Harian Metro