Tengku Razaleigh terima kunjungan Zahid, Najib

Ana Ghoib Syeikh Malaya 8:28 PTG
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah telah bertemu dengan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelang perhimpunan agung tahunan parti (PAU) hujung minggu ini. - Foto Ku Li Twitter

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menerima kunjungan dari Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rumahnya pada Rabu.

“Menerima kunjungan dari Datuk Seri @DrZahidHamidi dan Datuk Seri @NajibRazak,” katanya menerusi satu ciapan di akaun Twitter milik beliau.

Pada 5 Mac lalu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li menggesa pemimpin UMNO untuk berhenti 'main wayang kulit' dan memutuskan hubungan dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan segera.

Malah baru-baru ini dalam sebuah wawancara media, Ku Li bertindak menyamakan parti PAS sebagai 'pelacur politik' kerana sejarah parti tersebut yang didakwanya sering menyusahkan Umno.