'Pelacur politik' kata apa saja PAS terus kerja - Hadi

Ana Ghoib Syeikh Malaya 10:20 PTG

Hadi Awang selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering di Kuala Terengganu, hari ini.- Foto ihsan Utusan

Pas komited meneruskan perjuangan parti itu dalam mengukuhkan penyatuan ummah walaupun dilabel dengan pelbagai gelaran oleh segelintir pihak.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terpulang kepada rakyat untuk membuat penilaian masing-masing terhadap apa jua gelaran yang ditujukan kepada parti berkenaan.

“Ikut suka orang nak bagi nama apa pun, kita tetap teruskan jalan kerja untuk menyatukan ummah.

“Tujuan kita menyatukan ummah, yang pertama orang Islam dan kedua pula manusia, jadi mana-mana yang ekstrem kita tolak,” katanya kepada Utusan selepas menerima vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Chendering di sini hari ini.

Abdul Hadi diminta pemberita mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang melabelkan Pas sebagai pelacur politik yang perlu ditewaskan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, tugasan menyatukan ummah tidak terhad Pas dan UMNO sahaja, sebaliknya menjadi tanggungjawab semua pihak.

KLIK BACA: Pengkhianat tak akan menang, kata dan doa Anwar Ibrahim