Koperal polis dipercayai tembak anak sebelum bunuh diri

Ana Ghoib Syeikh Malaya 4:01 PG
Lokasi anggota polis disyaki tembak anak dan membunuh diri - Foto ihsan NSTP Seorang anggota polis berpangkat koperal dipercayai menembak mati anaknya berusia tujuh tahun sebelum menembak diri sendiri dalam kejadian Jalan Widuri 1, Taman Sentosa Jaya, dekat Seremban, Negeri Sembilan, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.42 petang tadi yang memaklumkan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.


"Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu telah membunuh diri dengan menggunakan pistol pasukan dan kita percaya dia telah menembak anaknya sendiri sebelum itu. Terdapat kesan tembakan di bahagian kepala pada kedua-dua mayat," katanya kepada pemberita selepas hadir ke lokasi kejadian hari ini.


Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan namun ia dipercayai berpunca daripada masalah keluarga, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302, diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


- Bernama