Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak bersetuju dengan kenyataan pemimpin veteran parti itu, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengumpamakan Pas 'pelacur politik' dan Umno perlu melawannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Jamal berkata, beliau amat menghormati Tengku Razaleigh tetapi kenyataan itu hanya mengeruhkan lagi hubungan dua parti terbesar Melayu itu.
"Untuk apa kita berbalah sesama kita? (Sepatutnya) kita UMNO jaga keluarga besar kita.
"Tak usah kita hendak mengata parti Pas dengan perkataan seumpama itu," katanya berbentuk nasihat dalam satu hantaran di Facebook.
Menurut Jamal, UMNO dan Pas sepatutnya mencari jalan kebersamaan dan mencapai kesepakatan bagi meyakinkan rakyat tentang penyatuan kedua-dua parti terbabit.
"Insya-ALLAH jika kebaikan yang kita cari, baiklah yang akan menjelma. Selain daripada doa, mulakan dengan ucapan yang baik-baik.
"UMNO dan Pas ibarat air yang dicincang tak akan putus," katanya.
Sebelum ini, Tengku Razaleigh dilapor dalam wawancara The Malaysian Insight melabel Pas sebagai 'pelacur politik' dan menggesa UMNO untuk melawan parti itu pada PRU15.
Untuk rekod, Jamal Yunos dahulu merupakan penyokong kuat Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Zahid Hamidi kini kelihatan sederhana watak politiknya dipercayai telah insaf setelah melalui pelbagai dugaan politik.
KLIK BACA: Pengkhianat tak akan menang, kata dan doa Anwar Ibrahim
Hari Ini Dalam Sejarah Jamal Md Yunos |
Free Malaysia Today Jamal Yunos Malaysiakini BM PAS Politik Tengku Razaleigh umno