Tubuh "Jabatan Ebit Liew" jika agensi sedia ada lemah mengurus, membantu rakyat

Ana Ghoib Syeikh Malaya 6:14 PG
Ebit Lew bersama peranti elektronik untuk disumbangkan kepada pelajar memerlukan bagi pembelajaran dari rumah - PdPR

Sepatutnya agensi kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan, fasiliti dan memudahkan setiap urusan melibatkan warga emas dan juga orang kelainan upaya (OKU)

Golongan tersebut seharusnya diberi prioriti dan keutamaan dalam banyak sektor termasuklah yang melibatkan peluang perniagaan, kesihatan serta perkara yang berkait rapat dengan punca pendapatan dan sumber untuk meneruskan kehidupan ketika mencapai usia sebagai warga emas, maupun OKU.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan Salasilah Keluarga Melayu Pulau Pinang, Abdul Latif Harun ketika ditemui Malaysia Dateline.

Jelas beliau seandainya agensi kerajaan seperti, JKM, Pusat Zakat, MARA, PBT dan seumpamanya tidak mampu untuk membantu menyelesaikan masalah melibatkan keperluan warga emas dan OKU, adalah lebih baik jika diwujudkan Jabatan Ebit Liew bagi memudahkan urusan golongan yang memerlukan.

“Sebagai bukti dalam beberapa agensi kerajaan tidak membenarkan mereka yang berumur lebih 60 tahun bagi mendapatkan peluang untuk menyewa tapak niaga sedangkan itu sahaja punca sumber pendapatan bagi sesetengah warga emas.

” Tidak dapat dinafikan terdapat seolah-olah ketidakadilan apabila warga emas cuba disekat bagi mengambil peluang yang disediakan, sedangkan mereka masih sihat, kuat dan mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup.

”Ada warga emas yang melebihi usia enam puluh tahun, tetapi masih kuat dan sihat untuk meneruskan khidmat maka adalah tidak wajar mereka dihalang bagi mendapat peluang berniaga maupun bekerja kerana bukan kesemua warga emas mempunyai pencen dan tidak mahu mengharapkan anak-anak yang turut mempunyai beban menanggung keluarga mereka sendiri, apalagi yang berpendapatan kecil umpama kais pagi, makan pagi dan kais petang makan petang, ” tegas beliau.

Manakala Pengerusi Penaja, Persatuan Muafakat Sungei Dua, Tasek Gelugor, Jaafar Ahmad, turut menyarankan pihak terlibat seperti JKM, Zakat dan seumpamanya menyediakan ‘task force’ untuk turun padang sehingga ke ceruk kampung dan pedalaman sepertimana yang dilaksanakan oleh pendakwah bebas, Ebit Liew bagi mencari golongan marhaen yang memerlukan.

Malah kata beliau, sekiranya Ebit Liew boleh melakukan kebajikan tersebut tanpa dana dari kerajaan, kenapa pihak berkuasa sendiri tidak mencontohi apa yang dipertontonkan oleh pendakwah bebas tersebut untuk diteladani.

Untuk rekod, Ebit Lew membantu rakyat menggunakan #PertubuhanKasihUmatMalaysia
CIMB 8603546376
- untuk menerima sumbangan, infaq, derma dari orang ramai yang diaudit.

Pendakwah Ebit Lew juga menggunakan wang koceknya sendiri hasil perniagaan restoran, kedai runcit serbaneka bagi membantu orang ramai yang amat memerlukan. 

Selain Ebit Lew, Raja Shamri juga terkenal sebagai pembantu rakyat dengan yayasannya sendiri melalui kaedah sama iaitu mencari mereka yang memerlukan bukan menunggu sahaja di pejabat dengan dana jutaan ringgit yang tak terpakai.

P/S -  Malaysia ada 70 menteri!