Anwar merayu mohon ihsan Agong batal Darurat dibalas pihak tertentu dengan laporan polis - Foto FT.com |
“Untuk sekadar ugut satu, dua, tiga (orang) tidak munasabah kerana yang bawa kes ke mahkamah, saya mewakili Pakatan Harapan, Adun dan ahli daripada NGO, termasuk Bersih akan kemukakan rayuan.
“Kamu sudah kalah dalam pertarungan politik, sudah hilang majoriti, hadapi kenyataan ini dalam suasana demokratik dan jangan guna ugutan,” dalam video yang disiarkan di Facebook.
Pada 12 Jan lalu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan darurat dilaksanakan hingga 1 Ogos atau lebih awal, jika jumlah kes Covid-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Dua hari kemudian, Anwar dilaporkan menulis surat kepada semua Ahli Parlimen dalam usaha merayu Agong membatalkan perisytiharan darurat dan mengadakan sidang Parlimen secepat mungkin.
Ia disusuli tindakan Anwar memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman berhubung peranan perdana menteri dalam perisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen pada 25 Jan lalu.
Ia diikuti tiga wakil rakyat PH mengikut jejak Anwar memfailkan permohonan untuk kebenaran di Mahkamah Tinggi pada 26 Jan lalu.
Mereka ialah Adun Simpang Jeram, Salahuddin Ayub (Amanah), Adun Gurun, Johari Abdul (PKR) dan Adun Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari (DAP).
Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin hari ini berkata, polis sedang menyiasat Anwar susulan 13 laporan yang diterima di seluruh negara ke atas presiden PKR itu yang menentang perisytiharan darurat dan mendesak Agong membatalkannya.
“Bukan hanya Anwar seorang, malah beberapa orang lagi kita siasat,” kata Hamzah dalam sidang media siang tadi.
Anwar turut mempersoalkan undang-undang mana yang menghalang rakyat memohon ihsan dan kebijaksanaan Agong untuk membatalkan pelaksanaan darurat.
“Adakah fail petisyen di mahkamah dianggap menyalahi undang-undang?” soalnya.
Presiden PKR itu berharap polis akan menjalankan siasatan dengan profesional dan tidak mengikut arahan mana-mana pihak.
“Kalau difikirkan ada alasan perundangan bukan ikut arahan menteri. - Sumber: Free Malaysia Today
Anwar Ibrahim hina agong Malaysiakini BM Politik Sinar Harian Yang Di-Pertuan Agong