Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di Perak dirogol secara berkumpulan di sebuah rumah di Kampung Simpang Perak, Ayer Panas, Pengkalan Hulu.
Remaja Tingkatan 1 itu mendakwa telah berkenalan dengan salah seorang suspek melalui aplikasi WhatsApp pada 5 Febuari lalu sebelum dipelawa untuk bersiar-siar di sekitar Pengkalan Hulu kira-kira jam 7.50 malam keesokan harinya.
Ketua Polis Daerah Pengkalan Hulu, Deputi Superintenden Zulkepli Ibrahim berkata, mangsa kemudian dibawa ke sebuah rumah dan dirogol oleh suspek berkenaan.
Remaja malang itu kemudiannya turut diperkosa oleh tiga lagi lelaki di tiga bilik berasingan di rumah tersebut antara jam 11 malam, 6 Februari sehingga 3 petang 7 Februari.
“Mangsa kemudian ditinggalkan di tepi jalan besar Kampung Tanjung Kala, Gerik pada 7 Febuari jam sekitar 6.30 petang,” kata Zulkepli dalam kenyataan semalam.
Mangsa ditinggalkan di tepi jalan besar Kampung Tanjong Kala, Gerik selepas diratah empat lelaki.
Beliau memberitahu, mangsa yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu kelmarin kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani, Kedah.
Susulan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu berjaya menangkap enam lelaki tempatan pada hari yang sama laporan dibuat.
Mereka terbabit yang berusia antara 18 hingga 58 tahun ditangkap di beberapa lokasi berlainan di sekitar daerah Pengkalan Hulu.
“Kesemua lelaki itu termasuk pemilik rumah ditahan dengan beberapa barang kes berkaitan dirampas untuk siasatan,” katanya.
Kesemua suspek direman bermula semalam sehingga 15 Februari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun, jika sabit kesalahan.