Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipanggil polis Bukit Aman berhubung satu kenyataan Pakatan Harapan mengenai perisytiharan darurat pada bulan lalu.
Portal FMT memetik peguam RSN Rayer berkata, siasatan itu tertumpu kepada kenyataan yang dibuat Guan Eng bersama Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Kenyataan Majlis Presiden PH pada 21 Jan lalu menyentuh perisytiharan darurat oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 12 Jan lalu.
Kenyataan itu menyeranaikan sebab darurat tidak diperlukan ketika undang-undang kesihatan awam sedia ada sudah mencukupi untuk mengekang penularan Covid-19 dan Parlimen perlu bersidang.
“Kami berpendapat tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen, termasuk Machang dan Padang Rengas, bermaksud langkah ini tidak boleh diterima sama sekali.
“Jangan berselindung di sebalik Covid-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” demikian menurut sebahagian petikan kenyataan itu seperti dilapor FMT.
Terdahulu, Ahli Parlimen Machang, Ahmad Jazlan Yaakob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz mengumumkan mereka menarik balik sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional.
hina agong insulting agong Lim Guan Eng Malaysiakini BM Pakatan Harapan polis diraja malaysia Sinar Harian Sinar Online Yang Di-Pertuan Agong