Polis panggil bekas Peguam Negara Tommy Thomas dakwaan memfitnah

Ana Ghoib Syeikh Malaya 4:15 PG

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan polis siasat bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas atas tuduhan fitnah. - Foto Astro AWANI

Polis Selangor telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.

Astro Awani melaporkan beliau berkata, kertas siasatan dibuka selepas pihaknya menerima laporan daripada bekas Pegawai Kanan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria pada Selasa.

"Laporan polis diterima di Cyberjaya pada 2 Februari 2021 dibawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dakwaan memfitnah.

"Pihak polis akan memanggil beliau (Tommy) secepat mungkin bagi memastikan siasatan kes ini dapat dijalankan," katanya.

Terdahulu, Mohamad Hanafiah membuat laporan polis berhubung buku berjudul 'My Story: Justice in the Wilderness'.

KLIK BACA: Mengarut! - Agong mahu Wan Azizah jadi PM, Tun M jawab Tommy

KLIK BACAPendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?