Muhyiddin PPBM dan Zahid Umno bersengketa dalam diam, hubungan genting penentu jatuh hidupnya Perikatan Nasional - Foto ihsan Sinar Online |
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diramal tumbang dalam masa terdekat ekoran pergolakan antara dua parti utamanya iaitu UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dilihat sudah sampai ke kemuncaknya.
Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menunjukkan keretakan hubungan kedua-dua parti itu semakin parah dan tidak mampu disembunyikan lagi.
Perkembangan terbaharu itu juga rentetan krisis demi krisis yang berlaku sejak kebelakangan ini bermula dengan penyingkiran Menteri Besar Perak daripada Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu, seterusnya dakwaan lebih 60 peratus ketua UMNO Bahagian mengusulkan agar parti itu tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu.
Portal Sinar Harian melaporkan penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Mara, Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, situasi yang berlaku itu sudah cukup menunjukkan bahawa kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan dalam masa terdekat untuk memperbaharui semula mandat rakyat.
“Kemelut antara UMNO dan Bersatu sebenarnya sudah dapat dibaca sebab kita dapat lihat dengan jelas petanda hubungan panas antara kedua-duanya.
“Rakyat mungkin perlu berdepan PRU15, selain ia memberi tekanan kepada sebuah lagi parti utama dalam PN iaitu Pas sama ada mereka mahu keluar PN seperti UMNO atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Sinar Harian juga melaporkan penganalisis politik veteran, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan pilihan terbaik sekiranya kerajaan PN tumbang adalah dengan mengadakan PRU15.
Ahmad Atory berkata, paling awal PRU15 dijangka diadakan ialah pada Jun depan.
“Sekarang ini, mustahil untuk diadakan memandangkan kes Covid-19 masih lagi tinggi.
Pada awal Julai 2020, para pemimpin parti termasuk Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (depan dua dari kiri) serta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (dua dari kanan) mengadakan pertemuan bersama Muhyiddin di Putrajaya.
“Sebelum diadakan PRU15, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah boleh melantik Perdana Menteri Interim,” katanya seperti dilapor Sinar Online.
Prof Ahmad Atory menambah lagi, pemimpin yang memiliki sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat dengan adanya akuan bersumpah (SD) juga boleh membentuk kerajaan namun ia pernah dilakukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar (Ibrahim) Ibrahim tetapi tidak berjaya.
Prof Ahmad Atory turut mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau total lockdown dilaksanakan dalam tempoh sebulan di negara ini sekiranya PRU15 diadakan.
“Mahu atau tidak, kita terpaksa korbankan sektor ekonomi seketika demi keselamatan dan kesihatan rakyat agar PRU15 tidak memberi implikasi buruk. Kita kena kawal Covid-19 terlebih dahulu,” katanya.
KLIK BACA: Jangan sampai Cina, India bukan melayu berhijrah, Tun M jawab PN
KLIK BACA: Nazir Razak kesal Tommy dakwa pemuda melayu bawa parang keris punca 13 Mei
Google News Tag Malaysiakini BM najib razak Pakatan Harapan Politik PRU15 Tan Sri Muhyiddin Yassin zahid hamidi