Bekas peguam negara (AG) Tommy Thomas, dalam buku memoir terbarunya, menyatakan bahawa dia pernah mencadangkan ganjaran diberi kepada pihak yang menangkap ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.
Thomas mengatakan dia tidak yakin Jho Low mudah ditangkap kerana menurutnya, untuk melepaskan diri, ahli perniagaan itu akan merasuah menggunakan sejumlah besar dana 1MDB yang didakwa dicurinya.
Oleh yang demikian, Thomas mengatakan dia mengusulkan agar diberikan sejumlah ganjaran kepada penangkapan Jho Low, tetapi kerajaan dan polis tidak menyambut baik cadangan itu.
"Saya mengesyorkan agar Malaysia menawarkan ganjaran untuk penangkapannya dan bawa dia untuk diadili.
"Lagipun, begitulah Jesse James ditangkap pada abad ke-19.
"Pihak berkuasa kolonial Inggeris juga menawarkan ganjaran pada pertengahan 1950-an untuk penangkapan Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya," katanya dalam memoirnya bertajuk My Story: Justice in the Wilderness.
Thomas mengatakan undang-undang tidak melarang pembayaran wang kepada pemberi maklumat atau pemecah rahsia yang memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan seorang penjenayah yang berdepan tuduhan.
"Saya mengemukakan cadangan saya kepada perdana menteri, menteri kewangan dan ketua polis negara, tapi sayangnya ia tidak mendapat sambutan yang baik," katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Jeese James perompak bank terkenal Amerika - Foto Wikipedia |
Abdul Hamid yang ketika itu mengatakan antara alasan yang diberikan adalah Jho Low menjalani pembedahan plastik dan kini "menyerupai beruang".
Jho Low didakwa secara absentia (tanpa kehadiran) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana pengubahan wang haram yang melibatkan AS$1.03 bilion (RM4.16 bilion) pada Disember 2018.
Jho Low adalah watak utama dalam skandal 1MDB dan didakwa menggunakan rangkaian globalnya bagi mendalangi penyelewengan dana milik kerajaan di bawah perdana menteri ketika itu, Najib Abdul Razak.
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Bekas perdana menteri itu bagaimanapun masih bebas, sementara menunggu rayuannya terhadap sabitan kes SRC International.
KLIK BACA: Pendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya
KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?
BACA LANJUT: Tommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul
1MDB Free Malaysia Today Jenayah Jho Low najib razak polis diraja malaysia Politik