JAIS panggil Wan Noorhayati beri keterangan isu dakwaan ajaran sesat Islam Melayu

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:12 PTG
Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noorhayati Wan Alias menerima surat daripada Bahagian Penyelidikan Dan Pembagunan JAIS. -Foto Astro Astro Awani

Pemilik akaun Facebook Ibu Yati dipanggil oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk hadir ke pejabat jabatan itu esok bagi memberi penjelasan berhubung ajaran sesat yang dikaitkan dengannya.

Astro AWANI ketika menemuinya di rumahnya di Ampang, Ibu Yati atau nama sebenarnya Wan Noorhayati Wan Alias, berkata dia bersama dua kenalannya menerima surat daripada Bahagian Penyelidikan Dan Pembangunan JAIS petang tadi.

Katanya, mereka bersedia untuk hadir dan memberi kerjasama sepenuhnya kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

"Sejak 28 Januari kenyataan oleh Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) menerusi YDP (Yang Dipertua) Nasrudin Hassan, menyatakan saya sesat... bawa agama Islam baharu, syahadah baharu, agama Melayu, ajaran Ibu Yati dan agama Islam... saya tidak pernah dipanggil (JAIS).

"(Petang tadi) dua pegawai JAIS menghantar surat untuk menghadiri sesi penjelasan kepada tiga daripada kami, berkaitan isu yang diviralkan baru-baru ini," katanya.

Sebelum ini, Nasrudin dilaporkan menasihatkan agar orang ramai tidak terpengaruh dengan ajaran Islam Melayu yang didakwa dibawa individu dikenali sebagai Ibu Yati, yang turut didakwanya menggunakan lafaz syahadah yang pelik.

Nasrudin turut dilaporkan berkata pihaknya tidak akan mengemukakan permohonan maaf kepada Ibu Yati susulan laporan polis yang dibuat wanita itu yang memberi Nasrudin tempoh tujuh hari untuk mengemukakan permohonan maaf kepadanya atas dakwaan yang dibuat Yadim.

Mengulas lanjut, Wan Noorhayati berkata, sebelum ini tiada mana-mana pihak berkuasa yang bertanya kepada mereka mengenai isu berkaitan ajaran sesat yang dikaitkan dengannya oleh Yadim.

KLIK BACAPendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?

BACA LANJUTTommy dedah siapa Mahathir fakta mengejutkan - Dr Kamarul