Habib Jewels menyumbang RM100,000 kepada Zoo Negara bagi membantu kelangsungan operasi taman haiwan itu. - Foto NSTP |
Habib Jewels menyumbang RM100,000 kepada Zoo Negara bagi membantu kelangsungan operasi taman haiwan itu.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Habib Jewels, Datuk Sri Meer Habib berkata, sumbangan sebagai tanda sokongan kepada zoo berkenaan yang turut terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda negara.Katanya, pandemik yang melanda dunia bukan hanya memberi kesan kepada manusia tetapi juga haiwan di Zoo Negara turut terkena tempiasnya.
"Sebagai sebuah syarikat tempatan yang beroperasi lebih dari 60 tahun, Habib Jewels terpanggil untuk bersama-sama membantu Zoo Negara," katanya ketika majlis penyampaian cek kepada Zoo Negara di Ibu Pejabat Habib Jewels di Ampang hari ini.
Sumbangan kali kedua itu disampaikan Mirsham Meer Habib yang juga pencetus idea kolaborasi 'Habib for Zoo Negara, Save Our Animal'.
Turut hadir, Pengarah Eksekutif Kumpulan Habib, Datin Sri Zarida Noordin dan Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly@Rahmat Ahmat Lana.
Meer Habib berkata, sebelum ini pihaknya memperkenalkan wafer emas 999 bermotifkan enam haiwan ikonik Zoo Negara dengan berkonsepkan membeli sambil menderma.
"Kolabrasi eksklusif bersama Zoo Negara ini mendapat sambutan baik pelanggan dengan penjualan kira-kira 7,000 unit setakat ini sudah terjual sejak pelancarannya, Disember lalu.
"Jika kita lihat kesedaran melabur dalam pembelian emas semakin meningkat dalam kalangan masyarakat negara kita yang saya kira amat baik kerana nilainya akan tetap tinggi," katanya.
Sementara itu, Rosly berkata, pihaknya begitu berbesar hati atas sokongan yang diberikan Habib Jewels.
"Kami berbangga dengan bantuan dan sokongan yang diberikan. Bagi kami jumlah RM100,000 ini amat besar dan pastinya dapat menampung kos operasi Zoo Negara terutamanya perubatan haiwan," katanya.
Menurutnya, menerusi dana yang diberikan, Zoo Negara mampu bertahan hingga Mei dan berharap lebih banyak syarikat berkolaborasi bersama pihaknya dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung.
Bisnes carigold Emas Free Malaysia Today Gold gold scam Malaysiakini BM Sinar Harian Sinar Online