KUALA LUMPUR: Sebahagian luar bangunan Panggung Bandaraya di Dataran Merdeka terbakar pada pagi Sabtu.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian selepas kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dibantu orang awam.
Komander Operasi PBK II, Mohd Azam Alip berkata, sembilan anggota bersama sebuah jentera FRT (Fire Rescue Tender) dikerahkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan orang awam.
"Anggota bomba melakukan kerja-kerja overhaul dalam memastikan tiada lagi api yang merebak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kebakaran telah menyebabkan bahagian tingkap bangunan terbabit terbakar 100 peratus, manakala meja di koridor bangunan yang digunakan pengawal keselamatan turut dijilat api.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi, memaklumkan pihaknya masih menyiasat punca kejadian.
"Hanya kebakaran kecil sebuah meja dan bingkai pintu saja.
"Kemungkinan berpunca dari api yang dihidupkan oleh petugas untuk halau nyamuk tetapi tidak dipadamkan sepenuhnya setelah meninggalkan tempat untuk rondaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Berita Harian Bomba Harian Metro Kebakaran Kuala Lumpur mymetro Sinar Online