Fitnah - Dr Noor Hisham nafi letak jawatan KP Kementerian Kesihatan KKM

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:31 PG
Fitnah peletakan jawatan Dr Noor Hisham kononnya disebabkan peningkatan kes COVID-19. - Bernama

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menafikan mesej tular yang kononnya beliau telah meletakkan jawatan.

Menerusi satu hantaran ringkas di akaun media sosialnya, Dr Noor Hisham berkata penularan berita palsu itu turut mengelirukan rakyat.

"Ini satu lagi berita palsu dan mengelirukan orang ramai," katanya.

Antara kandungan mesej tular itu turut mengaitkan peletakan jawatan Dr Noor Hisham adalah disebabkan peningkatan kes COVID-19 yang ketara.

KLIK BACA: Mengarut! - Agong mahu Wan Azizah jadi PM, Tun M jawab Tommy

KLIK BACAPendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?