Ibu cari rezeki jadi penghantar makanan hancur kaki dirempuh lori

Ana Ghoib Syeikh Malaya 5:37 PG


Seorang wanita mangsa kemalangan mengalami kecederaan parah di kaki kiri lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan. - Gambar/ PDRM

SANDAKAN: Seorang ibu yang bekerja sebagai penghantar makanan untuk mencari nafkah hancur kaki kiri selepas dirempuh dari belakang oleh sebuah lori dalam satu kemalangan di Jalan Lintas Labuk, di sini pada Rabu.

Astro AWANI melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, wanita berusia 40 tahun itu dikatakan baru selesai menghantar pesanan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, siasatan awal mendapati motosikal ditunggang mangsa bergerak dari arah Batu Lapan ke Taman Fajar.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian mangsa dipercayai dirempuh oleh sebuah lori dari arah belakang.

“Akibat rempuhan, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki kiri lalu dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemandu lori berusia 59 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


KLIK BACA: Mengarut! - Agong mahu Wan Azizah jadi PM, Tun M jawab Tommy

KLIK BACAPendedahan PANAS Tommy dalam buku mengenai Sirul Azilah kaitkan Najib Altantuya

KLIK BACA: Siapa Lyiana Roslee isteri ahli politik yg boleh digantung edar ganja?